Friday 19 October 2012

Inilah hasilnya





Memang takde sorang pun yang dapat menafikan, jika ada kemahuan di situ ada jalannya. Kalau sebelum ini, adik ku dan juga suaminya berusaha untuk menurunkan berat badan tetapi tidak membuahkan hasil, tapi kali ni, mereka berdua seakan tidak percaya, bila glukos level dalam darah turun dari 11 kepada 6, malah tahap kolestrol juga turun kepada paras normal.

Yang paling mengembirakan lagi, adik iparku ini telah berjaya mengurangkan berat badannya dari berat asal 90 kg kepada 76 kg, sudah ideal dengan ketinggiannya. Malah mereka berdua dapat merasakan tahap kesihatan mereka bertambah baik, takde lagi sakit kepala, pening-pening dan gastrik juga sudah tidak ada lagi.

Kalau semua nk tau, mereka berdua ni telah mengubah tabiat pemakanan mereka kepada yang lebih sihat dan rendah kalori. Mereka telah mula mengambil herbalife menggantikan sarapan pagi dan juga makan malam mereka. Dan kita dapat lihat perubahan dari saiz dan bentuk badan mereka selain kesihatan dalaman yang luar biasa.

Pelajar Perempuan Kelas 5A1

Inilah kawan-kawan semasa belajar di Sekolah Menengah Teknik Alor Star. Selama 2 tahun, para pelajarnya tidak ditukarkan kelas, kerana pada masa tu, cuma ada 2 kelas sahaja untuk aliran pertanian. 


Friday 12 October 2012

Bercakap Pasal Rezeki

Oleh AMINUDIN MANSOR
DALAM kehidupan manusia terutamanya umat Islam, mata pencarian dan hasil kerja dikenali sebagai rezeki. Dalam hal ini umat Islam mestilah mencari rezeki yang halal bagi diri dan keluarganya. Rezeki tersebut mestilah rezeki yang halal daripada hasil usaha tangannya sendiri.
Pada masa kini punca rezeki adalah berbagai-bagai. Pun begitu, punca rezeki daripada perniagaan lebih menampakkan hasilnya. Walau bagaimanapun keberkatan dalam mencari rezeki sewajarnya diberikan perhatian. Rezeki yang halal lagi berkat akan membawa manfaat sehingga ke akhirat.
Secara jelas, rezeki adalah bahan keperluan untuk hidup seperti makanan sehari-hari atau nafkah buat keluarga, pendapatan, penghasilan dan pencarian seseorang. Selama masih hidup manusia akan tetap diberikan rezeki oleh Allah SWT, sama ada sedikit ataupun banyak. Rahmat Allah amat luas, bersyukurlah dengan nikmat Allah dan carilah rezeki yang halal, jangan makan rezeki yang haram.
Rasulullah SAW bersabda: “Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa dan lain-lain).”
Jelaslah, rezeki yang halal amat penting kepada umat Islam. Selain itu, rezeki tersebut mestilah berkat dan diterima oleh Allah SWT.
Berkaitan dengan rezeki yang tidak lancar dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.” (riwayat Ibn Majah dan Ahmad, Ibn Hibbah dan Ibn al- Mubarak).
Oleh itu, ketakwaan kepada Allah akan mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan ketakwaan, tidak ada jalan yang paling baik untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat selain meninggalkan maksiat.
Dalam peribahasa Melayu terdapat kata-kata, ‘Rezeki secupak tidak akan jadi segantang’ bermaksud rezeki banyak atau sedikit sudah ditentukan Tuhan. ‘Rezeki harimau’ bermaksud, sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis. ‘Rezeki jangan ditolak’ bermaksud untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas). ‘Rezeki mahal’ bermaksud susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan. “Rezeki helang tidak akan dapat dimakan oleh musang (burung pipit), maksudnya semua orang ada kemujurannya masing-masing yang ditetapkan oleh Allah, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain.
Begitulah dalam dan luasnya tafsiran rezeki daripada kaca mata dan budaya orang Melayu, dengan pandangan penuh bijaksana untuk direnungi oleh generasi akan datang sebagai panduan dalam kehidupan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Ruhul Qudus (malaikat Jibrail) membisikkan dalam benakku bahawa jiwa tidak akan mati sebelum lengkap dan sempurna rezekinya. Kerana itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan memperbaiki mata pencarianmu. Apabila datangnya rezeki itu terlambat, janganlah kamu memburunya dengan jalan maksiat kepada Allah kerana apa yang ada di sisi Allah hanya boleh diraih dengan ketaatan kepada-Nya.” (riwayat Abu Dzar dan Al-Hakim).
Rezeki yang berkat dapat diraih pada waktu pagi. Nabi SAW bersabda: “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan.” (riwayat Ath-Thabrani dan Al-Bazzaar).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda: “Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi hari mereka (waktu fajar).
Ini dijelaskan lagi oleh Nabi SAW dalam sabdanya: “Selesai solat fajar (Subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki.” (riwayat Ath-Thabrani)

Thursday 11 October 2012

Sekadar renungan

Layanan Baik Hargai Jasa Ibu Bapa - Petikan ni diambil dari web Pusat Pembangunan Pondok Berhad dan inilah realiti kehidupan sekarang.

Mak sakit, mak rindukan kamu. Kalau boleh mak ingin jumpa buat kali terakhir, rayuan seorang warga emas ketika meminta anak tunggalnya yang telah terpisah lebih 60 tahun untuk datang menjenguknya.
Berlinang air mata terbaca petikan luahan rasa hati seorang ibu tua. Suatu harapan yang amat bermakna daripada seorang ibu yang ingin bertemu dengan anak pernah dikandungnya selama sembilan bulan sebelum dijemput menghadap Ilahi.
Dalam dunia serba moden ini, masih terdapat fenomena anak meninggalkan ibu atau ayah kandung bersendirian di saat mereka sangat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Sedangkan sejak dalam kandungan sehingga dewasa, anak sentiasa bergantung harap kepada kedua ibu bapa.
Allah SWT melarang umat Islam berkasar dengan ibu bapa melalui firman-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan Ha dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu…”
(Surah Al-Israa, ayat 23-24)
Selain itu Rasulullah SAW menegaskan dan sabda Baginda: Dari Abdullah bin Amr, seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama Baginda kerana aku ingin mencari reda Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang ke sini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis. Lalu sabda Baginda: Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis. (Riwayat Ibnu Majah)
Perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa bukan saja semasa mereka masih hidup bahkan apabila mereka sudah meninggalkan alam fana ini.
Firman Allah SWT: …dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.(Surah Al-Israa’, ayat 24)
Berbakti kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan anak yang tidak boleh diabaikan walau dengan apa alasan sekali pun. Hatta sekiranya ditakdirkan ibu bapa itu musyrik (kafir), Islam menuntut anak wajib berhubungan dengan ibu bapa secara baik dan lemah lembut kecuali jika mereka mengajak menyekutukan Allah SWT.
Kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang Yang Lalai) karangan Imam Abu Laits As-Samarqand ada membincangkan sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu bapanya.
Antaranya, memberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut, berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang mereka sukai dan mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa setiap kali kita berdoa.
Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kita yang masih mempunyai kedua ibu bapa sering berbakti kepada mereka berdua dan melaksanakan apa yang disarankan oleh Imam Abu Laits As-Samarqand.
Institusi keluarga adalah asas kepada pembinaan jati diri insan dan menjadi tanggungjawab semua anggota keluarga memelihara hubungan baik sesama ahlinya. Asuhan serta didikan sempurna dapat membantu memperkukuhkan institusi keluarga.
Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa mendidik anak dengan sifat mukmin sejati supaya kehidupan mereka terpelihara dan menuruti landasan yang betul. Anak perlu sentiasa diingatkan tanggungjawab serta amanah perlu dilaksanakan mereka nanti.
Ibu bapa hari ini perlu menunjukkan contoh yang baik dengan menghormati ibu bapa mereka kerana didikan yang berkesan ialah melalui contoh teladan. Apabila anak melihat ibu bapa menghormati kedua orang tuanya, mereka juga akan menghormati ibu bapa mereka.
Firman Allah SWT: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa juga harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa juga yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Surah al-Baqarah, ayat 215)

Monday 1 October 2012

Dunia dan Akhirat Mesti Seimbang

Hari ini sudah masuk bulan Oktober 2012, aduuuuhhh... sungguh cepat masa berlalu, jangan lupa ini adalah salah satu tanda-tanda kecil kiamat.  Seperti mana biasa, setiap hari Isnin malam Selasa, aku dan isteri akan pergi ke kelas Talaqi Al-Quran di Masjid Hidayah. Memang aku sudah mula merasakan kemanisan belajar mengaji, daripada tidak berapa lancar dalam bacaan, tidak mahir dalam hukum tajwid, aku sudah mula mengenali apa itu Hukum Izhar, Ikhfa', Idgham Bilal Ghunnah,dll. walaupun masih di peringkat awal.  Syukur Alhamdulillah kepada Allah, kerana membuka pintu hatiku untuk mempelajarinya.

Jika ada kemahuan, umur bukannya menjadi penghalang. Di dalam kelas tersebut, cuma seramai 8 orang, tapi aku kagum kerana yang hadir boleh dikatakan umur yang sudah melebihi 50 tahun. Memang tidak dinafikan, jika kita sudah berusia, lidah kita sudah mula liat untuk menyebut dengan betul, walaupun ustaz memberi tunjuk ajar, tapi lidah kita masih tidak mampu untuk mengikutinya. Tapi itu tidak menjadi masalah, Allah Maha Mengetahui. Walaupun sebutan tidak sama, tapi kita tetap mendapat pahala kerana masih mahu belajar.

Tidak rugi jika kita juga luangkan masa untuk mengejar bekalan kita di kehidupan akhirat yang kekal. Sesungguhnya jika kita mengejar dunia, dunia akan lagi menjauhi kita, tapi sebaliknya jika kita mengejar akhirat, kita akan memperolehi akhirat, malah dunia juga akan kita dapat.

Jadikanlah amalan membaca Al-Quran sebagai routine harian kita walaupun sepotong ayat, sesungguhnya fadhilatnya amatlah besar. Al-Quran akan menjadi teman kita semasa di alam barzah. Kubur yang gelap akan menjadi bercahaya.


Sunday 30 September 2012

Minggu Terakhir Bulan September 2012

Sehari sebelum berakhirnya bulan September, jam 9.00 am bertolak ke rumah Man/Aisyah untuk belajar lagi cara-cara blogging. Ini adalah sambungan dari hari Sabtu lepas. Mendapat sedikit ilmu untuk membuat tambahan di bahagian tepi blog.

Banyak berkisar kepada cara-cara menggunakan blog dan faedah yang boleh di dapati dari sesebuah blog. Memang menarik, kerana kita juga boleh mengiklankan bisnes dan apa saja aktiviti kita yang boleh mendatangkan faedah kepada semua orang. Boleh buat duit rupanya dengan blog ni.

Terimakasih kepada Man/Aishah kerana tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan kami dan juga yang lain. Semoga aktiviti kita ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.  Ameen..  

Friday 28 September 2012

Sedikit Perkongsian

Salam semua, aku nak share dengan korang semua, hari Selasa lepas, aku tengok program Tanyalah Ustaz dekat TV9, ada tiga golongan yang paling dibenci Allah dan Allah tidak mahu memandang ke arah golongan ini. Nak tau tak golongan apa yang dimaksudkan itu:-

1. Orang-orang yang menderhaka kepada ke dua orang tuanya.
2. Orang-orang yang bilamana kita melihatnya, kita tidak tahu yang mereka itu lelaki atau perempuan. Dan kalau hendak mengenalpasti mereka ini, kita melihat mereka dari pandangan sisi mereka.
3. Suami yang dayus. Para suami dikira dayus sekiranya dia terus membiarkan isteri membuat perkara mungkar.

Cuba renung-renungkan ke dalam diri kita, apakah kita berada di dalam golongan di atas. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Terimakasih, sekadar perkongsian bersama.

Hubungi Kami

Name:
Email Address:
Alamat/Tempat tinggal anda sekarang
No Tel
Umur
Pekerjaan sekarang
Pernah anda/pasangan (suami/isteri) mendaftar Herbalife selama 2 tahun kebelakangan ini? Ya
Tidak
Saya berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Tingkatkan tenaga
Tingkatkan kesihatan kulit
Program keluarga sihat
Jana Pendapatan tambahan
Maklumat tambahan yang anda boleh kongsikan bagi memudahkan saya membantu anda :

Form provided by Freedback.