Sunday 30 September 2012

Minggu Terakhir Bulan September 2012

Sehari sebelum berakhirnya bulan September, jam 9.00 am bertolak ke rumah Man/Aisyah untuk belajar lagi cara-cara blogging. Ini adalah sambungan dari hari Sabtu lepas. Mendapat sedikit ilmu untuk membuat tambahan di bahagian tepi blog.

Banyak berkisar kepada cara-cara menggunakan blog dan faedah yang boleh di dapati dari sesebuah blog. Memang menarik, kerana kita juga boleh mengiklankan bisnes dan apa saja aktiviti kita yang boleh mendatangkan faedah kepada semua orang. Boleh buat duit rupanya dengan blog ni.

Terimakasih kepada Man/Aishah kerana tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengan kami dan juga yang lain. Semoga aktiviti kita ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.  Ameen..  

Friday 28 September 2012

Sedikit Perkongsian

Salam semua, aku nak share dengan korang semua, hari Selasa lepas, aku tengok program Tanyalah Ustaz dekat TV9, ada tiga golongan yang paling dibenci Allah dan Allah tidak mahu memandang ke arah golongan ini. Nak tau tak golongan apa yang dimaksudkan itu:-

1. Orang-orang yang menderhaka kepada ke dua orang tuanya.
2. Orang-orang yang bilamana kita melihatnya, kita tidak tahu yang mereka itu lelaki atau perempuan. Dan kalau hendak mengenalpasti mereka ini, kita melihat mereka dari pandangan sisi mereka.
3. Suami yang dayus. Para suami dikira dayus sekiranya dia terus membiarkan isteri membuat perkara mungkar.

Cuba renung-renungkan ke dalam diri kita, apakah kita berada di dalam golongan di atas. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Terimakasih, sekadar perkongsian bersama.

Friday 21 September 2012

Salam Sejahtera

Salam semua, ari ni baru belajar buat blog, first time ni tulis dkt blog, kalau cite nya tk berapa menarik, bolehlah beri idea ye. Haa... nk share ari ni nya cite.. dr pagi sampai tengahari belajar buat blog. Malam pulak pegi rumah mak.. Every weekend mesti melawat ibu tersayang, tulah routine mingguan.



Inilah org yg byk memberi inspirasi kepada sy.

Hubungi Kami

Name:
Email Address:
Alamat/Tempat tinggal anda sekarang
No Tel
Umur
Pekerjaan sekarang
Pernah anda/pasangan (suami/isteri) mendaftar Herbalife selama 2 tahun kebelakangan ini? Ya
Tidak
Saya berminat untuk Turun berat badan
Naik berat badan
Tingkatkan tenaga
Tingkatkan kesihatan kulit
Program keluarga sihat
Jana Pendapatan tambahan
Maklumat tambahan yang anda boleh kongsikan bagi memudahkan saya membantu anda :

Form provided by Freedback.